Saturday, July 11, 2009

masalah lagi?

aku rasa kosong sangat hidup aku sekarang nie. aku dah takde tempat untuk aku luahkan masalah, or apa2 jew la.aku memang suka meluahkan masalah aku kat orang. kekadang nampak cam mengade2 jew tapi kalo tak luah aku rasa macam tak kena jew.
aku kembali seperti beberapa bulan lepas. cuma bezanya dulu aku dirumah, sekarang di ukm. masa untuk aku melayan perasaan tak byk seperti dirumah. aku cuba taknak sedih2, taknak ingat semua tu.tapi bila keseorangan, aku tewas juga dengan perasaan aku.
jika cinta masih lagi dihati, kite memang tak boleh nak paksa untuk membenci. juga tak boleh nak memaksa untuk melupakan. althought, banyak perkara yang dia buat menyakitkan hati kite. no wonder lah, ade yang still boleh terima kekasih yang pernah curang, suami yang kaki pukul, n banyak lagi la.
entah kenapa aku rasa bersalah dengan apa yang aku dah buat. padahal memang ternyata bukan salah aku. tapi aku still rasa tak takbest.
awk..kalau awk baca ini, saya mintak maaf.

Kotak-Mencintai Ku Dan Dia

Tanpa aku sadari
Apa yang telah ku beri
Tanpa aku mengerti
Hingga kau lumpuhkan hati

Takdirkah semua ini
Akhir sesal dihati
Tak bisa aku pergi
Meski kau tak ku miliki

Ku puja, ku damba
Yang ku rasa

Ku tahu aku yang kedua
Mungkin kah ku yang utama
Ku tahu kau pun mencinta
Ku dan dia

Takdirkah semua ini
Akhir sesal dihati
Tak bisa aku pergi
Meski kau tak ku miliki

selamat pagi

baru pukul 7:06am..awal lagi. actually aku dah bangun tidur pukul 5 pagi tadi lagi. bila on laptop takde line wireless pulak.huh..boringnye.pukul 11 nanti ade kokurikulum.lepastu, maybe aku balik kemaman dengan intan.entahla,aku tak tahu nak pergi mana sebenarnya,haha..banyak sgt destinasi untuk hari ini.

1) pergi rumah mami ambil selimut & tuala.
2) pergi jumpa qayim, lame gile tak jumpa dia & nak ambil kamus. dia bagi pinjam.huh..jimat duit tak payah beli kamus.wakaka.
3) kak sarah ajak pergi jejalan kat mana entah.huh..best jugak.dapat jumpa kak sa & kak samsida.lama jugak tak jumpa.
4) balik kemaman.erm..kalau aku tak balik time nie, mmg dah takde masa lain dah nak balik. nanti dah puasa. time cuti raya jew la balik.lambat lagi tu..

so, mana 1 eyk?aku pun tak buat keputusan lagi nie. tgk la lepas kelas koko nanti mana satu yang aku pergi.huhu..

Friday, July 10, 2009

awak..

awak..kalau nak bercinta boleh tak awak setia pada yang satu?
boleh tak awak jangan mempermainkan perasaan perempuan seperti kami?
hargailah dia..
dan..hormatilah saya.

perasaan bila dah sambung study

dah lama aku tak update since sambung study nie kan..actually bukan busy sgt pun, cuma feel untuk berblog tu takde.huhu..hari ini berakhir first week kuliah.takde assignment lagi. just pengenalan subjek jew.banyak subjek yang dah aku belajar time diploma dulu. aku try buat pengecualian kredit.tak tahu la dapat tak.
pelik betol! dlm kelas, aku sorang jew lepasan diploma. yang lain semua lepasan matrik & stpm. hishh..malu jew.lebih-lebih lagi time lecture masuk & tanya, "siapa kat sini lepasan diploma"? semua pandang aku.ishh, terasa diri ini tua jew.huhu.. nasib baik ade seorang lagi dari jabatan sains komputer yang lepasan diploma.tapi aku kelas lain-lain dengan dia coz aku jabatan sains & pengurusan sistem.so, aku dengan dia la pergi pejabat urus pasal pengecualian kredit.kira ade geng jugak la.=)

sebenarnya aku takut gak la nak study nie.dulu time diploma boleh la main-main. sekarang nie aku rasa aku kena study hard.walaupun aku dah ada basic time diploma dulu tapi aku rasa aku masih byk lagi kekurangan.bukan semua yang aku belajar dulu aku ingat.byk dah lupa, lebih-lebih lagi pasal programming. first year nie aku belajar programming c++, yang pernah aku belajar time diploma.cuma bezanya skang lebih byk dalam bahasa inggeris. dulu bahasa melayu. budak-budak matrik n stpm nie aku tgk semua terer BI.dah la ramai chinese kelas aku. bukan saja subjek c++ in bI, yang lain pun same. tapi takpela..aku cuba belajar lebih kuat lagi untuk bersaing dengan dorang.wakaka..semangat giler!

entah la..susah nak cakap camne. aku rasa bersalah sangat kat ma & abah aku. beberapa hari aku kat sini, time tu minggu mesra pelajar, aku call ma aku pukul 5 pagi cakap aku taknak study.. ma aku banyak nasihat aku & time kuliah subuh pulak ade cakap pasal harapan ibubapa pada anak dia yang tengah study nie.bayangkan..memang sedih gile aku. airmata asyik keluar jew time tu.umur dah22, anak pertama dr 2 adik beradik tapi manja.aku cepat mengeluarkan airmata.memang aku akui semua tu.
sekarang nie tengah chatting dengan ma & abah aku kat ym. haha..kelakar jew..

Monday, July 6, 2009

sekarang di UKM

sekarang aku online kat hostel. fuhh..nasib baik dapat line wireless kt hostel nie, kalau tak mesti susah takde internet & boring. ermm..semalam last minggu orientasi atau kat sini panggil minggu mesra pelajar (MMP). so, start dari hari ini dah kena keluarkan duit sendiri untuk makan. huhu..

best gak la MMP nie. walaupun penat, tidur tak cukup tetap enjoy. tidur paling awl pukul 2 kot, & paling lewat pukul 4. pukul 5 dah kena bangun. huhu..yang pasti bilik aku selalu bangun awal. er....roomate aku budak perlis, umur baru jew 20. rasa macam lawak plak, aku kakak kat sini. hehe..kat kelas pon aku paling tua kot.yang lain semua umur 19 & 20. ramai student lepasan matrik & stpm.

tak taw la nak cerita ape lagi..

Monday, June 22, 2009

minggu busy

tetiba minggu nie menjadi minggu paling busy aku. plan family holiday semua dibatalkan..huhu..
minggu nie aku kena setel semua pasal U. buat medical checkup, pergi bank, pergi yayasan terengganu, beli barang dan banyak lagi laa... aku daftar ke ukm hari ahad nie, 28 jun.. so, minggu nie jew la yang ada untuk aku setel semua tu.

duet pun macam air jew keluar.. nasib baik duet aku kerja ada. boleh la buat bayar yuran pengajian duet tu. duet beli barang guna duet yayasan terengganu & ma abah aku tambah sikit.
kesian jugak kat ma & abah aku coz banyak kena keluar duet tahun nie. ye laa..2 orang skali anak dorang kena pergi study. aku ke ukm & adik aku ke politeknik dungun. banyak jugak kena pakai duet tu. aku terfikir, aku yang 2orang nie ma abah aku dah pening, macamana laa kalo adik beradik ramai, mesti lagi pening..huh..

buat masa nie aku dah setelkan hal medical checkup & bank. sepatutnya hari nie kena pergi yayasan terengganu untuk ambil duet, tapi ade lagi borang yang tak selesai & surat tawaran rasmi dari ukm belum dapat lagi. maybe pergi esok jew laa..
so, hari nie nak pergi mana eyk...??emmm..:)

kekadang aku rasa berdebar jugak nak pergi study nie. aku takut aku takleh nak go on dengan programing sume tuh. dah setahun aku tinggalkan..huh..pagi-pagi aku selalu terjaga dari tidur & rasa macam tak sedap hati, selalu fikir pasal study nie. tah pape laa. dulu tak study. nak study sangat, sekarang dah dapat camnie pulak.

satu lagi, aku takut aku takde kawan pun yang masuk sekali dengan aku kat sana. harap-harap aku dapat kawan yang baik-baik & best-best macam kat KTB dulu..(",)

Friday, June 19, 2009

kembali menjadi pelajar ;D

TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
KOD PROGRAM : KC04
NAMA PROGRAM : TEKNOLOGI MAKLUMAT (SAINS DAN PENGURUSAN SISTEM)
IPTA : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
...
alhamdulillah. aku berjaya sambung belajar.
Dalam suka ada jugak duka. kawan-kawan yang sekali apply dengan aku semua tak dapat..=(
sebenarnya, bila dapat nie aku pun rasa berat hati jugak nak pergi..
pening dengan loan lagi..kalo boleh taknak amek ptptn. tapi mara pun tak boleh untuk student ipta.
kesian kat ma & abah aku. nanti takde orang kat rumah, n takde orang nk tolong buat kerja.
adik aku pun boleh sambung study kat poli bulan 7 nie.
so, nanti tinggal la ma, abah & sepupu aku kat rumah..
tapi fikirkan masa depan aku, baik aku pergi..
semua orang pun suruh pergi.
huh..berbaloi jugak penantian 1 tahun.

Thursday, June 18, 2009

esok ipta : dapat atau tak?

esok dah boleh check permohonan ke ipta.

berdebar-debar. tapi aku taknak berharap sangat.
takut tak dapat.nanti kecewa.=(

tapi tak sabar lah nk tunggu esok. nak tahu jawapan.

Sunday, May 31, 2009

bOOring

sepatutnya entry nie dibuat sekali dengan entry kat bawah nie. tapi biarlah..saja nak post byk entry. hahaha..ngengade jew kan?

sebenarnya aku dah boring dengan background blog nie.
aku jugak boring dengan lagu kat blog nie.

aku nak tukar semua tu, tapi macam takde masa jew.
sekarang nie dah pukul 12:42am. sepatutnya aku dah tidur.
ada sesapa nak tolong edit blog aku tak?
hahaha..;))

okla..
bye & nite (+_+)

update

aku dilanda penyakit yang taktaw berjangkit dari siapa. menaip konon nak update blog. tapi bila dah ciap taip sebelum nak publish, aku delete semua apa yang aku taip. sebab tu la blog nie da tak update 1minggu.

ok, bye

Saturday, May 23, 2009

cinta hanya untuk yang ikhlas mencintai, bukan untuk dipersendakan.


aku baru balik dari kuantan. pergi tgk syurga cinta. best gak la cerita nie. kelakar ngn lawak haziq. okla..ada masa aku cerita lagi pasal nie k..mengantuk la. nak tidur dah! nite=)

semoga kita bejumpa lagi.


tiga tahun bersama, beberapa bulan tak jumpa & hanya berhubung melalui phone & YM,
3hari berjumpa & sekarang berpisah lagi.huhu..taktaw la bila lagi akan berjumpa dengan anna.
aku rasa pejam celik pejam celik, kejap jew masa berlalu.dah 1 tahun aku habis study & anna pulak baru jew habis study dan akan meninggalkan ktb dengan seribu kenangan yang takkan dilupakan. selamat menempuhi alam pekerjaan pulak ye..!
uhuhu..ye..anna datang kemaman & tido kat umah aku selama 3 hari.. best, & windu giler!! dulu time kat kolej selalu tidur dengan dia 1 katil..huhu..jgn salah paham ye, pompuan biasa la tidur 1 katil kan..:)
pertemuan yang tak dirancang.malam tu anna msg gtaw dia rasa macam nak datang kemaman, then aku cakap datang la..pagi dia gtaw jadi nak datang kemaman & suruh pegi amek dia bila sampai.petang kitorang jumpe.yey..:)
aku bawa dia jejalan tapi tak banyak snap pic pun. taktaw la kenapa, maybe coz dah lama tak jumpa & banyak bercakap jew..huhu..tapi kitorang byk main ngn webcam kat laptop nie.ahhaha..kelaka! tak bole ar aku upload video tu kat sini coz kelaka sgt. nanti aku upload pic eykk..lepasnie aku taktaw la bila lagi kitorang akan jumpa. huhu...:'( cedihh...


nextweek ade lagi kawan aku time ktb dulu datang kemaman tapi dorg tidur rumah bella kot.. huh..mentang-mentang la sekarang korg tengah cuti, korang buat lawatan ke kemaman eyk..haha..apelaa yang ada kat kemaman nie...tapi tak sabar ahh nak jumpa shaadah, diana & bella..wawawa..:))




Friday, May 15, 2009

tiga kawan baik jumpa kamera

aku baru balik dari kenduri doa selamat kat rumah shely.parent dia nak pergi umrah next week. so, aku & sya menyibukkan diri kat rumah dia.huhu..dah lama tak jumpa shely.. hari ahad nie dia dah kena balik kelantan. kalau aida ada mst lagi best! tapi dia takleh balik coz keje. untuk men-jelez-kan dia, aku mms pic.hehehe..


ermm..bila dah pergi majlis camtu mst jumpe membe2 lama. haihh..1 jew masalah aku bile jumpe ngn membe2 lama, mesti ada yang tanya " bila nak kawen?"..huhu..tension gue! yelaa.. shely dah bertunang, sha plak dah kawen & dah pregnant 5 bulan. so, aku jew la yang single kat situ.kalo ade aida, ade gak la geng yang single..huhu..


jumpe kamal, dia sepupu shely & jugak kawan time sekolah dulu. pengantin baru! baru jew kawen 1 mei baru2 neh..


k : bila nak kawen?
a : aku lambat lagi laa..
k : ishh..ade plak cakap lambat lagi.
a : yelaa..dah memang lambat lagi.. *taktaw nak ckp ape dah*


ishh..aku pelik betol laa.. yela yela..nanti aku kawen laa..adoiii!!!

aku yang umur muda lagi neh boleh tension bila orang tanya sal kawen, macamana la perasaan orang-yang-dah-berumur-tapi-tak-kawen-lagi atau panggilan kasar andartu bila ditanya pasal kawen eyk? mesti dorang lagi tension kan?..emm..

dah laa..aku upload pic yang sempat aku edit ye!.. =)




suke pic nie! cantik gak aku edit..wakaka =)

Saturday, May 9, 2009

selamat hari ibu! ma..

sape yang tak tersentuh or meleleh air mata dengar lagu nie anda memang seorang yang keras hati..!

hey ladies!

Thursday, May 7, 2009

orang yang dilamun cinta tak rasional?

Aku suka baca entry ini kat blog kak fynn. mungkin sebab pasal cinta. huhu..aku memang suka baca kisah cinta..=) membuatkan aku berfikir mengenai masalah cinta aku sendiri. yeah..cinta memang mempunyai pelbagai kisah yang berbeza. Dan..aku percaya cinta itu buta. cinta itu adalah penyakit yang membuatkan kita buta hati, buta mata, buta perasaan.

sekarang baru aku rasa yang percintaan aku sebelum nie adalah sesuatu yang bodoh yang pernah terjadi dalam hidup aku.dulu masa sedang enak dilamun cinta tak terfikir semua tu, bila semua dah hilang baru lah terfikir. aku silap bila aku terlalu mempercayai dia, aku silap bila aku menganggap dia setia seperti aku setia dengannya.. tapi aku tak pernah menyesal mengenalinya, aku anggap semua yang terjadi ini sebagai pengajaran dalam hidup aku. Dan..aku jugak bersyukur bila semua ini terjadi. sekurang-kurangnya aku tak lagi hidup dalam angan-angan yang belum tentu lagi jadi realiti.
memang susah nak melupakan orang yang pernah berada dihati tapi aku cuba.
menjauhkan diri.
membiarkan dia dengan hidup dia dan aku dengan hidup aku.
walaupun kadang-kadang ade jugak rindu, tapi aku cuba ignore perasaan itu.

tahniah la kat perempuan yang still boleh terima semula bf dia yang pernah curang. kalau aku, aku taktaw la boleh terima semula kew tak. susah sket, sebab bagi aku kalo dia dah pernah buat sekali dia akan berani buat lagi. tah la, cinta itu buta.

bila fikir-fikir balik baik takpayah bercinta. bila dah sampai jodoh terus kahwin jew. tapi perkahwinan tanpa melalui proses percintaan boleh kekal kew?

kawan aku cakap, "macamana nak kahwin kalau kau tak cari cinta?"
aku cakap, "bukan kew jodoh dan pertemuan di tangan Allah?"
kawan aku cakap, "tapi kau kena usaha!"

================
baca la kat SINI .. sweet giler!!!..=)

Monday, May 4, 2009

tomok - Rindu Terhenti



Telahku tinggalkan
memori silam ku itu
tidakku biarkan hidupku
dibelit pilu
walau duka menampan dada
walau sepi mencalar hati
rindu ku terhenti

Ku pinggirkan sayu
yang meruntuhkan pintu
kasih tulus
ku biar berlalu
ku pinggirkan lara
yang berpaut dijiwa
ku teruskan hidup tanpa dia

Padanya lama dah tunggu
hilang tak berganti
cinta tiba cinta pergi
biarlah satu hati

walau duka menampan dada
walau sepi mencalar hati
rinduku terhenti


Ku pinggirkan sayu
yang meruntuhkan pintu
kasih tulus
ku biar berlalu
ku pinggirkan lara
yang berpaut di jiwa
ku teruskan hidup tanpa dia

Padahnya lama dah tunggu
hilang tak berganti
cinta tiba cinta pergi
biarlah satu

Ku lupakan mu jua
sedih kau pergi menjauhi

Ku pinggirkan sayu
yang meruntuhkan pintu
kasih tulus
ku biarkan berlalu
Ku Pinggirkan lara
yang berpaut di jiwa
ku teruskan hidup tanpa dia

Padahnya lama dah tunggu
hilang tak berganti
cinta tiba cinta pergi
biarlah satu hati

Biarlah satu hati
telahku tinggalkan
memori silam ku itu
tidakku biarkan hidupku
dibelit pilu

Walau duka menampan dada
walau sepi mencalar hati
rindu ku terhenti

Ku pinggirkan sayu
yang meruntuhkan pintu
kasih tulus
ku biarkan berlalu
Ku Pinggirkan lara
yang berpaut di jiwa
ku teruskan hidup tanpa dia

Padahnya lama dah tunggu
hilang tak berganti
cinta tiba cinta pergi
biarlah satu hati

Walau duka menampan dada
walau sepi mencalar hati
rindu ku terhenti

Ku pinggirkan sayu
yang meruntuhkan pintu
kasih tulus
ku biarkan berlalu
Ku Pinggirkan lara
yang berpaut di jiwa
ku teruskan hidup tanpa dia

Padahnya lama dah tunggu
hilang tak berganti
cinta tiba cinta pergi
biarlah satu hati

Ku lupa kan mu jua
sedih kau pergi menjauhi

Ku pinggirkan sayu
yang meruntuhkan pintu
kasih tulus
ku biarkan berlalu
Ku Pinggirkan lara
yang berpaut di jiwa
ku teruskan hidup tanpa dia

Padahnya lama dah tunggu
hilang tak berganti
cinta tiba cinta pergi
biarlah satu hati

Biarlah satu hati

jom gelak!

kumpulan jipun? negeri hong kong? tajuk lagu ohh laa??

hahahaaa..jom gelak ramai-ramai..!

aku rasa video nie dah lama kot.terjumpa time tengah cari lagu tomok yang baru rindu terhenti..

update jugak akhirnya.. birthday lagi

hoho..dah lama aku tak update entry baru kan..
lebih kurang seminggu dah!

busy sangat plus malas nak update.



weeken yang sangat busy.
cuti-cuti cari duet weh!
nanti kan nak kawen..hehehe..

hari ini birthday zana.. agak2 dia terasa tak eyk, tadi dia call aku.aku cakap kat dia,
"nape call? banyaknya kredit." then dia cakap. "free la.."
ohh..time tu baru aku ingat hari nie birthday dia.huhu..teruk kan aku neh..





HAPPY BIRTHDAY MY FRIEND.. (*_*)
Ruzanna Balqis Amir

*susah la nak cari pic dia.amek pic nie jew la.nak jugak letak pic aku.haha..


Monday, April 27, 2009

letih

semalam,

jiwa kacau. tetiba teringat dia.
hari-hari memang ingat tapi semalam perasaan lain. tah la.. sampai bila macam nie?
terasa rindu nak dengar suara dia. tolongg.. buang perasaan ini jauh-jauh.
ya..meluahkan perasaan dan masalah kita pada seseorang boleh membuatkan kita sedikit lega.
walaupun tak banyak, sudah cukup membuatkan kita tenang dan tidur dengan selesa.
aku harap, aku boleh melupakan dia dengan cepat seperti cepatnya masa berlalu.
yeah.. sangat-sangat berharap.

sekarang,

aku letih dan mengantuk. tidur dulu lah ye. tapi aku taktaw la boleh tidur kew tak nie, tah-tah nanti aku datang kat sini lagi.. hee..=)..biasa la, aku nie mmg mengalami masalah dengan tidur.

gudnite
^________^


aku letih. mungkin sebab dah 2 hari tak jumpa nasi. *huh..sabar sabar..

Sunday, April 26, 2009

kan aku dah cakap, april bulan birthday.

26 april - birthday Anna & Ayu. my roomate time kat kolej.

-Ayu-
-Anna-


happy birthday to both of you.
hope success in your life n everything what you do.


*nasib baik semua jauh dari aku.kalo tak pokai la kena beli hadiah.
hahaha..:)

juliette - Bukannya Aku Takut

best!!! tak pecaye play laa..




Ku tak perduli
Bila ku benar benar cinta mati
Ku tak perduli
Ku memang begini
Bila ku benar benar cinta mati
Ku tak perduli
Apa saja yang kau inginkan
Aku rela...

Bukannya aku takut akan kehilangan dirimu
Tapi aku takut kehilangan cintamu
Mungkin saja saat itu kau mempermainkan aku
Seakan kau bisa membalas cintaku

Kau tak kan mengerti
Yang slama ini aku rasakan, pasti
Kau tak perduli
Bila saja yang kuinginkan kamu rela

rindu awak jugak!

semalam,

lepas tgk konsert af, masuk bilik. tgk handphone ada 2 message, 2 misscall.
1 message from aida & 1 message from sya. 2 misscall from sya.


msg from sya
"salam.tgh buat pe?rindu laa"
..
aku reply msg dia then dia call aku..*senyum*..bukannye jauh sgt aku dengan dia. baru jew 1 minggu kot tak jumpe. mungkin sebab pregnant kot, dia jadi makin manja n caring. tapi aku tak kesah.aku suke!
aku cerita kat dia, aku diet tapi aku tak cerita pon aku nak beli ubat. tetiba dia cakap, takpayah makan ubat la, just kurangkan makan & byk minum air..hehe..macam taw taw jew kawan aku neh.
miss u too friend!.nanti kite jumpe ye..:)

**rasa macam nak potong rambut la.musim panas nie tak sesuai rambut panjang.dulu time kat kolej aku suruh kawan-kawan jew potong rambut aku.huhu..takpayah pegi kedai.jimat duet aku..haha..:)